ENAKMEN 8 TAHUN 1995 ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM (PINDAAN) 1995
Seksyen 14. Pindaan seksyen 48
Teks bahasa kebangsaan seksyen 48 Enakmen ibu adalah dipinda-
(a) dalam subseksyen 2(a), dengan menggantikan perkataan "bagi memutuskan dengan sendirinya mengenai" dengan perkataan "untuk ia memutuskan sendiri";
(b) dalam subseksyen 2(b), dengan menggantikan perkataan "yang Mahkamah Tinggi Syariah boleh jika ia fikirkan adil" dengan perkataan "yang boleh dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah sebagaimana yang difikirkannya adil".