ENAKMEN 8 TAHUN 1995
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM (PINDAAN) 1995



Seksyen 27. Seksyen baru 81A

Bahagian IX Enakmen ibu adalah dipinda dengan memasukkan sebelum seksyen 82 seksyen yang berikut:

"Seksyen 81A. Pengkompaunan kesalahan.

(1) Majlis atau mana-mana pegawai Jabatan Agama Islam Selangor yang diberi kuasa secara bertulis oleh Majlis boleh mengkompaunkan mana-mana kesalahan boleh kompaun-

(2) Apabila sesuatu kesalahan sudah dikompaunkan di bawah seksyen ini, tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran telah dibuat di bawah subseksyen (1)(a).

(3) Dalam seksyen ini "kesalahan boleh kompaun" ertinya kesalahan yang ditetapkan melalui kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 82 sebagai kesalahan yang boleh dikompaunkan.".



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.