ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PINDAAN) 1996
Enakmen ibu adalah dipinda dengan menggantikan seksyen 178 dengan seksyen yang berikut:
"Seksyen 178. Pelacuran.
(1) Mana-mana perempuan yang melacur dirinya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.
(2) Seseorang yang hidup atas pendapatan dari pelacuran seorang lain adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.".