ENAKMEN 7 TAHUN 1987 ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG (PINDAAN) 1987
Seksyen 31. Pindaan bagi seksyen 175.
Seksyen 175 Enakmen ibu adalah dipinda-
(a) dengan menggantikan perkataan-perkataan "seratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada satu bulan" yang terdapat dalam subseksyen (1) dengan perkataan-perkataan "satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya"; dan
(b) dengan menggantikan perkataan-perkataan "seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan" yang terdapat dalam subseksyen (2) dengan perkataan-perkataan "dua ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada satu tahun".