ENAKMEN 3 TAHUN 1998
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (PINDAAN) 1998.



Seksyen 2. Pindaan seksyen 39.

Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat lstiadat Melayu Kelantan 1994 [En. Bil. 4/94] adalah dipinda dengan menggantikan seksyen 39 dengan yang berikut:

"Seksyen 39. Penyiaran fatwa.

(1) Jika sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis atau Jamaah Ulama' hendak disiarkan dalam Warta, Majlis hendaklah, sebelum fatwa itu disiarkan sedemikian, menyembahkan fatwa tersebut kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia AI-Sultan untuk mendapatkan perkenan Baginda.

(2) Apabila sesuatu fatwa telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan, Majlis hendaklah, jika diperintahkan oleh Baginda, menyebabkan fatwa itu disiarkan dalam Warta.

(3) Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh Jamaah Ulama' atau Majlis tidak boleh diambil sebagai fatwa melainkan jika pernyataan itu disiarkan dalam Warta menurut subseksyen (2). ".

Diluluskan pada 22 Jun 1998.
[P.U. KN. 190-1/Jld. 2/Sj. 3; SUK. (S) D. 200/420/1 JId. 46.]

AHMAD ROBERT BIN ABD. RAHIM,
Setiausaha,
Dewan Negeri Kelantan



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.