ENAKMEN 8 TAHUN 1995 ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM (PINDAAN) 1995
Seksyen 18. Pindaan seksyen 55
Seksyen 55 Enakmen ibu adalah dipinda-
(a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
"(1) Majlis boleh melantik mana-mana orang yang berkelayakan untuk menjadi Peguam Syarie untuk hadir dalam mana-mana Mahkamah.";
(b) dalam teks bahasa kebangsaan subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan "peraturan" dengan perkataan "kaedah-kaedah";
(c) dalam teks bahasa kebangsaan subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan "Peraturan tersebut" dengan perkataan "Kaedah-kaedah yang dibuat di bawah subseksyen (2)"; dan
(d) dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
"(5) Majlis boleh, melalui kaedah-kaedah, membenarkan mana-mana pegawai awam yang ditentukan dalam kaedah-kaedah itu hadir dan mewakili mana-mana pihak dalam mana-mana Mahkamah, walau apa pun subseksyen (1) dan (2), jika pegawai itu dibenarkan hadir dan mewakili pihak itu di mana-mana mahkamah lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkuatkuasa di Malaysia.".