ENAKMEN 8 TAHUN 1995 ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM (PINDAAN) 1995
Seksyen 7. Pindaan seksyen 31
Teks bahasa kebangsaan seksyen 31 Enakmen ibu adalah dipinda-
(a) dalam subseksyen (3) dengan menggantikan perkataan "kewajipan peribadi, kepercayaan atau pendapat" dengan perkataan "kewajipan, kepercayaan atau pendapat peribadi"; dan
(b) dalam subseksyen (4), dengan memasukkan selepas perkataan "ditetapkan" perkataan "dalam fatwa".