ENAKMEN 2 TAHUN 2003 ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (PINDAAN) 2003
Seksyen 6. Pindaan seksyen 13
Seksyen 13 Enakmen ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2A) Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan di bawah subseksyen (1) dan sebelum permohonan itu ditentukan, Pendaftar boleh, dengan notis bertulis, menghendaki pemohon memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pendaftar.
(2B) Jika apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2A) tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pendaftar, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh diteruskan, tetapi tanpa menjejaskan permohonan baru yang dibuat oleh pemohon.”.