ENAKMEN 7 TAHUN 1987
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PINDAAN KELIMA) 1987



Seksyen 2. Pindaan

Enakmen ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 166, seksyen baru 166A yang berikut:

"Seksyen 166A. Perlanggaran kepada, atau tidak mematuhi dengan, Fetua Majlis yang diterbitkan di dalam Warta.

Mana-mana orang yang melanggar atau tidak mematuhi mana-mana Fetua yang dikeluarkan oleh Majlis, sama ada secara terus atau melalui Jawatankuasa Fetua di bawah seksyen 37 dan mengikut kehendak-kehendak di bawah peruntukan-peruntukan seksyen-kecil (1) seksyen 38, sebagai Fetua yang diterbitkan melalui pemberitahuan dalam Warta di bawah seksyen-kecil (2) seksyen 38, adalah melakukan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya".

Diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri pada 28hb Zulhijah, 1407 bersamaan 23hb Ogos, 1987.

MIHAT BIN SHAARI
Setiausaha, Dewan Undangan Negeri,
Kedah Darulaman

[PSU(K) 580/1400;PUN(K) 6/78.]



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.