ENAKMEN 8 TAHUN 1995
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM (PINDAAN) 1995
Seksyen 2. Pindaan seksyen 2
Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 [Sel. En. 2/1989], yang disebut "Enakmen ibu" dalam Enakmen ini, adalah dipinda dalam subseksyen 2(1)-
(a) dengan memasukkan selepas takrif "Enakmen 1952" takrif yang berikut :
' "Hakim Mahkamah Rayuan Syariah" ertinya anggota panel tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dilantik di bawah seksyen 38(1A)';
(b) dalam takrif "Pegawai Masjid", dengan menggantikan perkataan "Naqib" dengan perkataan "Nazir";
(c) dengan momotong takrif "Pembantu Bilal"; dan
(d) dalam teks bahasa Inggeris, dengan memasukkan takrif yang berikut selepas takrif "Syariah Subordinate Court Judge":
' "Syarie Judge" or "Judge" means a Syarie Judge appointed under section 38(1);'.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.