ENAKMEN 6 TAHUN 1988 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SELANGOR (PINDAAN) 1988
Seksyen 5. Pindaan seksyen 23.
Seksyen 23 Enakmen ibu adalah dipinda---
(a) dengan menggantikan seksyen kecil (1) dengan yang berikut:
"23. (1) Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seorang lain dalam masa ia masih beristerikan isterinya yang sedia ada kecuali dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada Hakim Syar'iah, akan tetapi dan tertakluk kepada Seksyen 123, jika ia berkahwin sedemikian tanpa kebenaran tersebut maka perkahwinan itu boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini dengan perintah Mahkamah.";
(b) dengan memotong perkataan "berkanun" yang terdapat pada baris 4 seksyen kecil (3);
(c) dengan memotong perenggan (e) kepada seksyen kecil (4); dan
(d) dengan menggantikan koma bertitek dan perkataan "dan" yang terdapat pada baris akhir perenggan (d) seksyen kecil (4) dengan noktah.