ENAKMEN 8 TAHUN 1995 ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM (PINDAAN) 1995
Seksyen 19. Pindaan seksyen 57
Seksyen 57 Enakmen ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
"(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh, setelah mengambil kira hak mana-mana orang lain, memerintahkan supaya bangunan itu dirobohkan atau membuat apa-apa perintah lain yang difikirkannya patut.".