ENAKMEN 8 TAHUN 1995 ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM (PINDAAN) 1995
Seksyen 11. Pindaan seksyen 38
Seksyen 38 Enakmen ibu adalah dipinda-
(a) dalam subseksyen (1) dengan menggantikan perkataan "Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah" dengan perkataan "Ketua Hakim Syarie";
(b) dengan memasukkan subseksyen yang berikut selepas subseksyen (1):
"(1A) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, atas nasihat Majlis, melantik, selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun, tidak lebih daripada tujuh orang Islam untuk menubuhkan suatu panel tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.";
(c) dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan "perlantikan" perkataan "seseorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah atau"; dan
(d) dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan "subseksyen (1)" dengan perkataan "subseksyen (1) atau (1A)".