ENAKMEN 1 TAHUN 1998
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PINDAAN) 1998
Enakmen ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 58 seksyen baru 58A yang berikut:
"Seksyen 58A. Perlantilan Penolong Pegawai Penguatkuasa Agama.
Walau apa pun peruntukan seksyen 58, Ketua Jabatan Agama Islam Perak boleh, dengan kelulusan Majlis, melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa Agama untuk menjalankan penguatkuasaan Enakmen Jenayah (Syariah) 1992 [En. 3/92] dan undang-undang bertulis lain yang berkaitan dengan kesalahan-kesalahan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.".
Diluluskan pada 27 Julai 1998.
[PSUK. PK. (MAJ) A 355/737/1; PU. PK. 15/86.]