ENAKMEN 1 TAHUN 1998
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PINDAAN) 1998



Seksyen 2. Seksyen baru 7A.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992 [En. 2/9], yang kemudian daripada ini disebut "Enakmen ibu" adalah dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 7 seksyen baru 7A yang berikut:

"Seksyen 7A. Kuasa untuk menubuhkan syarikat dan pengesahan syarikat yang ditubuhkan.

(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Sultan, menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan mana-mana aktiviti yang telah dirancang atau diusahakan oleh Majlis dalam melaksanakan kewajipan atau kuasa-kuasanya di bawah seksyen 7.

(2) Tiap-tiap syarikat yang ditubuhkan atau berupa sebagai ditubuhkan oleh Majlis di bawah Akta Syarikat 1965 sebelum mula berkuatkuasanya seksyen ini hendaklah disifatkan telah ditubuhkan dengan sah dan hendaklah terus wujud seolah-olah ia telah ditubuhkan oleh Majlis di bawah subseksyen (1).

(3) Apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan yang diberikan oleh Majlis di bawah subseksyen (2) seksyen 7 kepada sesuatu syarikat yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah disifatkan telah diberikan dengan sah.".



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.