ENAKMEN 8 TAHUN 1995 ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM (PINDAAN) 1995
Seksyen 13. Pindaan seksyen 40
Seksyen 44 Enakmen ibu adalah dipinda-
(a) dalam teks bahasa kebangsaan subseksyen (1)-
(i) dengan menggantikan perkataan "hendaklah ditujukan kepada Mahkamah Tinggi Syariah dari" dengan perkataan "boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah terhadap";
(ii) dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan "satu";
(b) dalam perenggan (2)(a)-
(i) dengan menggantikan perkataan "pihak yang merayu," dengan perkataan "orang tertuduh, membatalkan sabitan dan hukuman orang tertuduh"; dan
(ii) dengan memasukkan selepas perkataan "lanjut," perkataan "mengurangkan,".