ENAKMEN 8 TAHUN 1986
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (PINDAAN) 1986



Seksyen 11. Pindaan seksyen 68.

(1) Seksyen 68 Enakmen ibu dalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan "hendaklah dihukum jel tidak lebih daripada satu bulan ataupun denda tidak lebih daripada $250" dengan perkataan-perkataan "adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.".

(2) Seksyen 68 (2) Enakmen ibu adalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan "hendaklah bersalah di atas satu kesalahan dan boleh didenda dengan hukuman penjara selama tidak lebih daripada enam bulan atau denda tidak lebih daripada $1,000" dengan perkataan-perkataan "adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya.".



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.