ENAKMEN 2 TAHUN 2002 ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (PINDAAN) 2002
Seksyen 11. Pindaan seksyen 13
Seksyen 13 Enakmen ibu adalah dipinda—
(a) dengan menggantikan subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1) Mana-mana orang atau badan yang hendak menubuhkan Sekolah Islam hendaklah mengemukakan kepada Pendaftar suratcara cadangan yang disebut dalam subseksyen 5(1) dan hendaklah memohon untuk pendaftaran dalam borang yang ditetapkan seperti dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini.”; dan
(b) dengan memasukkan selepas subseksyen (3), subseksyen yang berikut:
“(4) Bagi tujuan seksyen ini fi seperti yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini hendaklah dikenakan untuk pendaftaran bagi setiap premis atau cawangan.”.