ENAKMEN 2 TAHUN 1998
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH (PINDAAN) 1998



Seksyen 3. Seksyen baru 11.

Enakmen ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 10, seksyen baru yang berikut:

"Seksyen 11. Peruntukan peralihan dan kecualian.

(1) Apabila Enakmen ini mula berkuatkuasa, "Mahkamah Qadhi Besar" hendaklah dikenali sebagai "Mahkamah Tinggi Syariah" dan "Mahkamah Qadhi Khas" dan "Mahkamah Qadhi Jajahan" hendaklah dikenali sebagai "Mahkamah Rendah Syariah", dan mahkamah-mahkamah tersebut hendaklah disifatkan telah ditubuhkan di bawah seksyen 8 Enakmen ibu.

(2) Pertukaran nama yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) tidaklah menjejaskan apa-apa tindakan yang dilakukan, prosiding yang dimulakan atau perintah atau penghakiman yang dibuat oleh "Mahkamah Qadhi Besar", "Mahkamah Qadhi Khas" atau "Mahkamah Qadhi Jajahan", dan apa-apa tindakan yang dilakukan atau prosiding yang dimulakan di hadapan mahkamah-mahkamah tersebut sebelum Enakmen ini mula berkuatkuasa boleh diteruskan oleh "Mahkamah Tinggi Syariah" atau "Mahkamah Rendah Syariah", mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3) Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai "Qadhi Besar", "Qadhi", "Mahkamah Qadhi Besar", "Mahkamah Qadhi Khas" dan "Mahkamah Qadhi Jajahan" hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

Diluluskan pada 3hb Mac 1998.
[P.U. KN. 171 Bhg. 3 Sj. 1; SUK. (S) D 200/420/1 Jld. 45.]

AHMAD ROBERT BIN ABD. RAHIM,
Setiausaha,
Dewan Negeri Kelantan



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.