ENAKMEN 9 TAHUN 1995
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1963 (PINDAAN) 1995



Seksyen 2. Pindaan seksyen 4.

Seksyen 4 Enakmen ini adalah dipinda dengan menggantikan seksyen kecil (6) dengan seksyen kecil berikut:

"(6) Raja Pemerintah hendaklah atas nasihat Menteri Besar melantik seorang ahli daripada ahli-ahli yang telah dilantik menjadi Yang Dipertua dan seorang lagi menjadi Setiausaha Majlis itu".

Diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri pada 15 November 1995.

AHMAD BIN ZAKARIA
Setiausaha Dewan Undangan,
Negeri Perlis
[SUK.(Ps.) 01/184; SUK.(Ps.) 05/250.]



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.