ENAKMEN 7 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG (PINDAAN) (NO. 2) 1989
Seksyen 2. Pindaan seksyen 2.
Seksyen 2 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, yang di dalam Enakmen ini disebut "Enakmen ibu", adalah dipinda dengan-
(a) menggantikan tafsiran "mahkamah" dengan yang berikut-
' "Mahkamah" ertinya Mahkamah Kadi Besar dan Mahkamah Kadi yang ditubuhkan di bawah seksyen 42; '; dan
(b) memasukkan, selepas sahaja tafsiran "pegawai pendakwa", tafsiran, "Peguam Syariah" seperti berikut-
' ''Peguam Syariah" ertinya orang yang telah diterima masuk sebagai Peguam Syariah dan yang telah dikeluarkan kepadanya oleh Majlis suatu Sijil Peguam Syariah yang membolehkannya hadir dan menjadi wakil sesuatu pihak dalam mana-mana Mahkamah atau Mahkamah Ulang Bicara di bawah Enakmen ini; '.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.