ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) (PINDAAN) 1992



Seksyen 11. Seksyen baru 27A

Enakmen ibu adalah dipinda dengan memasukkan, selepas seksyen 27, seksyen baru 27A yang berikut:

"Seksyen 27A. Kuasa Majlis untuk berusahasama

Majlis boleh, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, berkerjasama atau berusahasama dengan mana-mana badan atau agensi Kerajaan, termasuk pihak berkuasa tempatan, dalam Negeri Melaka bagi membangunkan atau mengusahakan mana-mana harta tak alih kepunyaan MajIis yang boleh dibangunkan atau diusahakan mengikut Hukum Syarak.".



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.