ENAKMEN 8 TAHUN 1986
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (PINDAAN) 1986



Seksyen 5. Pindaan seksyen 61.

Seksyen 61. Enakmen ibu adalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan "hendaklah menjadi salah kerana satu kesalahan yang boleh dihukum denda tidak lebih daripada $100 atau penjara tidak lebih daripada satu bulan atau kedua-duanya sekali" dengan perkataan-perkataan "adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi tiga ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya" dan dengan menggantikan perkataan-perkataan "denda tidak lebih daripada $300 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya sekali" dengan perkataan-perkataan "denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan juga boleh disebat.".



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.