ENAKMEN 5 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (PINDAAN) 2001



Seksyen 2. Pindaan seksyen 65

Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 [Enakmen No. 3 tahun 1991], yang disebut "Enakmen ibu" dalam Enakmen ini, dipinda dalam seksyen 65 dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

"(5) Mana-mana orang yang sebaik sahaja sebelum berkuat kuasanya Enakmen ini memegang jawatan Merinyu Agama hendaklah disifatkan sebagai Pegawai Penguatkuasa Agama dan hendaklah mempunyai kuasa yang diperuntukkan dalam subseksyen (4) atau dalam mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkaitan dengan Agama Islam.".



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.