ENAKMEN 7 TAHUN 1987 ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG (PINDAAN) 1987
Seksyen 8. Pindaan bagi seksyen 145.
Seksyen 145 Enakmen ibu adalah dipinda-
(a) dengan menggantikan perkataan-perkataan "lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih dari tiga bulan" yang terdapat dalam baris tiga belas dan empat belas subseksyen (1) dengan perkataan-perkataan "satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan";
(b) dengan menggantikan perkataan-perkataan "satu ribu ringgit atau tidak lebih daripada enam bulan penjara" yang terdapat dalam baris tujuh belas dan lapan belas subseksyen (1) dengan perkataan-perkataan "dua ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada satu tahun";
(c) dengan menggantikan perkataan-perkataan "lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan" yang terdapat dalam baris tujuh dan lapan subseksyen (2) dengan perkataan-perkataan "satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan"; dan
(d) dengan menggantikan perkataan-perkataan "seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan" yang terdapat dalam baris dua belas dan tiga belas subseksyen (2) dengan perkataan-perkataan "dua ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada satu tahun".