ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (PINDAAN PERTAMA) 1990
Seksyen 2. Pindaan seksyen 35.
Seksyen 35 Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1988 adalah dipinda:
(a) dengan memasukkan selepas sahaja perkataan "Pemansuhan" dalam nota birai di kedua-dua teks Melayu dan Inggeris perkataan-perkataan "dan kecualian";
(b) dengan menomborkannya semula teks Melayu sebagai "35 (1)" dan memasukkan selepas itu sub-seksyen baru (2) di dalam teks Melayu yang berikut:
"(2) Pemansuhan ini tidak menyentuh perjalanan Enakmen yang dimansuhkan terdahulu atau apa-apa perkara yang dilakukan atau tertanggung di bawahnya atau apa-apa hak, keistimewaan, kewajipan atau liabiliti yang diperolehi, terakru atau berlaku di bawahnya".
Diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri pada 26 Jamadilawal 1411 bersamaan 13 Disember 1990.
MIHAT BIN SHAARI,
Setiausaha, Dewan Undangan Negeri,
Kedah Darulaman
[PSU(K) 465/1408; PUN(K) 17/88.]
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.