ENAKMEN 10 TAHUN 1998 ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH (PINDAAN) (NO.2) 1998.
Seksyen 3. Pindaan seksyen 18.
Seksyen 18 Enakmen ibu adalah dipinda-
(a) dengan menggantikan perkataan-perkataan "peguam pembela" dalam subseksyen (5) dengan perkataan-perkataan "Peguam Syarie"; dan
(b) dengan memasukkan selepas subseksyen (6), subseksyen yang berikut:
" (7) Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada seorang pun selain Peguam Syarie atau orang yang disebut dalam seksyen 18 (4), berhak hadir di dalam mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapannya.".