ENAKMEN 4 TAHUN 1989 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PINDAAN KEENAM) 1988
Seksyen 4. Pindaan kepada seksyen 55
Seksyen 55 Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1962, adalah dengan ini dipinda:
(a) dengan menggantikan perkataan "Yang Dipertua" di baris 2 dalam sub-seksyen (1) dengan perkataan-perkataan "Penasihat Undang-undang Negeri Kedah Darulaman",
(b) dengan menggantikan perkataan-perkataan "Ketua Pendakwa" di baris 2 dalam sub-seksyen (1) dengan perkataan-perkataan "Pengarah Pendakwa",
(c) dengan menggantikan perkataan-perkataan "dengan suatu ketetapan Majlis bagi menjalankannya dan surat salinan yang disahkan daripada ketetapan itu" di baris 4 dalam sub-seksyen (2) dengan perkataan-perkataan "izin bertulis oleh Pengarah Pendakwa",
(d) dengan menggantikan perkataan-perkataan "salinan ketetapan yang disahkan" di baris 8 dalam sub-seksyen (2) dengan perkataan-perkataan "izin bertulis"
(e) dengan menggantikan perkataan-perkataan "Yang Dipertua" di baris 2 dalam sub-seksyen (3) dengan perkataan-perkataan "Pengarah Pendakwa"
(f) dengan menggantikan perkataan-perkataan "Majlis atau Yang Dipertua" di baris 1 dalam sub-seksyen (4) dengan perkataan-perkataan "Pengarah Pendakwa".