ENAKMEN 8 TAHUN 1986
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (PINDAAN) 1986



Seksyen 3. Pindaan seksyen 58.

Seksyen 58 Enakmen ibu adalah dipinda dengan menggantikan seksyen 58 dengan seksyen 58 baru yang berikut:

"Pengislaman.58 (1) Mana-mana orang yang hendak memeluk Agama Islam hendaklah mengucap dua kalimah syahadah di hadapan mana-mana orang Islam dan hendaklah selepas itu hadir di hadapan mana-mana Qadhi.

(2) Qadhi hendaklah membuat siasatan mengenai umur orang tersebut dan kemahuannya hendak memeluk Agama Islam.

(3) Jika Qadhi berpuas hati di atas kemahuan dan umur orang tersebut menurut Hukum Syarak, Qadhi bolehlah menghantarnya kepada Majlis untuk didaftarkan.".




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.