ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) (PINDAAN) 1992



Seksyen 7. Pindaan seksyen baru 23A

Enakmen ibu adalah dipinda dengan memasukkan, selepas seksyen 23, seksyen 23A baru yang berikut:

"Seksyen 23A. Perlantikan pegawai dan pengkhidmat Majlis.

Majlis boleh melantik dari semasa ke semasa, atas apa-apa terma dan syarat, sekian bilangan pegawai dan pengkhidmat lain sebagaimana yang difikirkannya wajar dan perlu bagi menjalankan maksud-maksud Enakmen ini.".



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.