ENAKMEN A25 ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) (PINDAAN) 2011
Seksyen 7. Pindaan seksyen 61.
Seksyen 61 Enakmen ibu dipinda-
(a) dalam perenggan (3)(a)-
(i) dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “rukun-rukun” perkataan “ajaran-ajaran”;
(ii) dalam teks bahasa Inggeris, dengan memasukkan selepas perkataan “prescribes offences” perkataan “against the precepts of the religions of Islam and may impose any punishment provided for the offence”; dan
(b) dalam subperenggan (3)(b)(xii) dengan memasukkan selepas perkataan “masjid-masjid” perkataan “dan surau”.