ENAKMEN NO. 6 TAHUN 1988 ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (PINDAAN) 1988
Seksyen 4. Pindaan seksyen 15A.
Seksyen 15A Akta ibu adalah dipinda dengan menggantinya dengan yang berikut:
"Seskyen 15A. Dewan Syura.
(1) Majlis bolehlah menubuhkan suatu badan yang dikenali sebagai DEWAN SYURA (kemudian daripada ini dipanggil "Dewan").
(2) Dewan hendaklah mengandungi-
(a) seorang Pengerusi yang akan dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia AI-Sultan;
(b) seorang Timbalan Pengerusi yang akan dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia AI-Sultan;
(c) semua ahli Jumaah Ulama Majlis;
(d) tidak lebih daripada 40 orang ahli lain dari golongan ulama, cendikiawan dan pakar Islam yang akan dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia AI-Sultan;
(e) empat orang Anggota Majlis;
(f) tiga orang ahli ex-officio iaitu Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua dan Setiausaha Majlis.
(3) Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah-
(a) bagi mengatur prosiding Dewan, cara memanggil mesyuarat dan perlaksanaan urusan;
(b) bagi menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa;
(c) bagi mengadakan elaun-elaun dan keistimewaan-keistimewaan untuk ahli-ahli; dan
(d) pada amnya yang mana difikirkan perlu atau mustahak oleh Majlis untuk mencapai tujuan Dewan."