ENEKMEN A15
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) (PINDAAN) 2009
Seksyen 2. Pindaan seksyen 11.
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 [Enakmen Bil. 4 tahun 2004], yang disebut “Enakmen ibu” dalam Enakmen ini, dipinda dalam seksyen 11–
(a) dalam perenggan 11(1)(c) dengan menggantikan perkataan “lima” dengan perkataan “enam”;
(b) dalam subperenggan 11(1)(c)(iv) dengan memotong perkataan “dan”;
(c) dalam subperenggan 11(1)(c)(v) dengan menggantikan perkataan “Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah” dengan perkataan “Ketua Hakim Syarie”;
(d) dengan memasukkan selepas subperenggan (v) subperenggan yang berikut:
“(vi) Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak; dan”; dan
(e) dalam perenggan 11(1)(d) dengan menggantikan perkataan “lima belas” dengan perkataan “dua puluh”.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.