ENAKMEN A28 ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU) (PINDAAN) 2012
Seksyen 12. Pindaan seksyen 56
Sekyen 56 Enakmen ibu dipinda–
(a) dengan memotong perkataan “atau perkhidmatan bersama”; dan
(b) dengan memasukkan selepas subsekyen (1a) subseksyen yang berikut:
“(1b) Pegawai Penguatkuasa Syariah hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang diberikan kepada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah, kecuali hak dan kuasa yang dinyatakan hendaklah dijalankan oleh Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah sendiri”.