ENAKMEN A28
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU) (PINDAAN) 2012



JADUAL BARU KETIGA

Enakmen ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual Kedua Jadual-Jadual yang berikut:

JADUAL KETIGA

[Seksyen 76]

PENDAPATAN DAN HARTA YANG BOLEH DIKENAKAN ZAKAT

Pendapatan dan harta yang boleh dikenakan zakat

1. Harta dan pendapatan yang boleh dikenakan zakat adalah seperti yang berikut–

Tafsiran

2. (1) Bagi maksud Enakmen ini –

“binatang ternakan” termasuklah lembu, kerbau, biri-biri, kambing, unta dan binatang ternakan yang seumpamanya yang meragut rumput di tanah lapang ternakan dan/atau yang dipelihara sebagai binatang peliharaan tetapi tidak termasuk yang dipelihara bagi maksud-maksud perniagaan;

“ emas ” termasuklah emas jongkong, matawang emas, barangbarang rumahtangga yang dibuat daripada emas, barang kegunaan sendiri untuk lelaki yang dibuat daripada emas dan barang kemasan diri untuk perempuan yang dibuat daripada emas yang melebihi penggunaannya mengikut adat atau telah tidak digunakan dalam haul yang berkenaan;

“hasil pertanian” ertinya padi, jagung, gandum dan lain-lain tanaman bijirin dan seumpama itu;

“ kunuz ” merujuk kepada harta karun selain dari bentuk galian yang dijumpai di bawah tanah;

“ma’adin” ertinya galian dan bahan galian yang dijumpai di bawah tanah;

“perak” ertinya termasuklah perak jongkong, matawang perak, barang-barang rumahtangga yang dibuat daripada perak, barang kegunaan sendiri untuk lelaki yang dibuat daripada perak dan barang kemasan diri untuk perempuan yang dibuat daripada perak yang melebihi penggunaannya mengikut adat atau telah tidak digunakan dalam haul yang berkenaan;

“perniagaan” ertinya apa-apa bentuk perniagaan termasuklah profesion, vokasional, perkhidmatan, pengilangan, usaha niaga atau pengusahaan dalam bentuk perniagaan yang diusahakan oleh individu atau menerusi usaha sama atau syarikat;

“rikaz” ertinya harta karun yang tertanam di bawah tanah sebelum Islam;

“saham dan syer” ertinya saham, termasuk stok debentur, bon, nota dan syer dalam syarikat yang dimiliki secara langsung atau melalui nomini atau nomini-nomini;

“wang tunai” termasuk simpanan semasa, wang simpanan, pelaburan sekuriti, bon dan sijil simpanan premium. 12 Undang-Undang Negeri Terengganu Enakmen A28



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.