ENAKMEN NO. 6 TAHUN 1988 ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (PINDAAN) 1988
Seksyen 3. Pindaan seksyen 12.
Seksyen 12 Akta ibu adalah dipinda:
(a) dengan memasuk selepas sahaja perkataan "Mufti" perkataan-perkataan ", Timbalan Mufti" di baris 3 sub-seksyen (1);
(b) dengan memasuk selepas sahaja perkataan "Mufti", perkataan-perkataan "Timbalan Mufti" di baris 1 sub-seksyen (2);
(c) dengan memasukkan selepas sahaja perkataan "tiada," dengan perkataan-perkataan "Timbalan Mufti akan mengambil tempatnya dan di masa ketiadaannya" di baris 1 sub-seksyen (3);
(d) dengan memasukkan selepas sahaja perkataan "tiada," dengan perkataan-perkataan "Timbalan Mufti atau" di baris 1 sub-seksyen (4).