ENAKMEN A30 ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) (PINDAAN) 2012
Seksyen 8. Pindaan seksyen 71
Seksyen 71 Enakmen ibu dipinda-
(a) dalam subseksyen (1) dengan menggantikan perkataan
“tidak lewat daripada 31 Oktober” dengan perkataan “tidak lewat daripada 31 Disember.”;
(b) dalam subseksyen (5) dengan menggantikan perkataan “Yang Dipertua atau mana-mana pegawai Majlis atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa oleh Yang Dipertua.” dengan perkataan “Yang Dipertua atau Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai Majlis atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif.”; dan
(c) dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:
“(6) Tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberi oleh Majlis mengenai tiap-tiap maksud perbelanjaan yang diperuntukkan bagi mana-mana tahun kewangan dalam anggaran, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah menjadi Pegawai Pengawal untuk mengawal perbelanjaan yang dibenarkan di bawah maksud itu dan menjadi Ketua Pegawai Perakaunan mengenai semua wang yang dipungut, diterima atau dibelanjakan dan semua harta yang telah diterima, dipegang atau dilupuskan oleh atau kerana Majlis atau perkhidmatan yang untuknya maksud itu diperuntukkan.
(7) Pegawai Pengawal yang dirujuk dalam subseksyen
(6) bolehlah, tertakluk kepada mana-mana peruntukan di bawah Enakmen ini dan apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Majlis, menetapkan had mana kuasa-kuasa dan tugas-tugas yang diberi atau dikenakan ke atasnya boleh dilaksanakan bagi pihaknya oleh mana-mana Pegawai Perakaunan di bawah kawalannya, dan memberi
arahan-arahan tertentu sebagaimana yang perlu bagi menjamin perjalanan atau pelaksanaan sempurna kuasa-kuasa dan tugas-tugas tersebut.
(8) Bagi maksud seksyen ini,
“Pegawai Perakaunan” termasuklah tiap-tiap pegawai yang dipertanggungkan dengan tugas pungutan, penerimaan, atau perakaunan untuk, atau yang sebenarnya memungut, menerima atau mengambil kira, apa-apa wang Baitulmal, atau yang dipertanggungkan dengan tugas perbelanjaan, atau yang sebenarnya membelanjakan, apa-apa wang Baitulmal, dan tiap-tiap pegawai yang dipertanggungkan dengan penerimaan, jagaan atau pelupusan, atau mengambil kira, stor-stor Baitulmal atau yang sebenarnya menerima, memegang atau melupuskan stor-stor Baitulmal;
“Stor-stor Baitulmal” ertinya harta dan barang kepunyaan atau dalam milik atau di bawah kawalan Majlis; dan
“Wang Baitulmal” ertinya semua hasil, pinjaman, amanah dan wang-wang lain dan semua bon, debentur dan sekuriti-sekuriti lain apa sahaja dikumpul atau diterima oleh atau kerana Majlis.”.