ENAKMEN 8 TAHUN 1997 ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (PINDAAN) 1997
Seksyen 6. Pindaan seksyen 17.
Seksyen 17 Enakmen ibu adalah dipinda-
(a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen berikut:
"(1) Sesuatu rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah didengar dan dibereskan oleh Ketua Hakim Syarie, yang hendaklah menjadi Pengerusi di dalam setiap prosiding, bersama dua lagi Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, yang dipilih oleh Ketua Hakim Syarie tersebut.";
(b) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen berikut:
"(2) Jika Ketua Hakim Syarie tidak dapat mempengerusikan, di atas sebab keuzuran atau apa-apa sebab lain, Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang terkanan dan Hakim tersebut hendaklah mendengar dan membereskan sesuatu rayuan bersama dua lagi Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, yang dipilih oleh Hakim tersebut."; dan
(c) dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen berikut:
"(3) Walau apapun yang terkandung di dalam subseksyen (1) dan (2), Ketua Hakim Syarie atau Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang terkanan, yang mana berkenaan, tidak boleh memilih mana-mana Hakim Mahkamah Rayuan Syariah untuk mendengar mana-mana rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah jika rayuan berkenaan adalah terhadap keputusan Hakim tersebut.".