ENAKMEN A4
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (PINDAAN) 2006
Seksyen 2. Pindaan seksyen 2
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 [Enakmen 8/2002] yang disebut “Enakmen ibu” dalam Enakmen ini, dipinda dalam seksyen 2—
(a) dengan memasukkan selepas takrif “Enakmen Pentadbiran” takrif yang berikut:
‘ “guru agama bertauliah” ertinya seseorang yang diberikan tauliah mengajar oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan;’;
(b) dengan memasukkan selepas takrif “Pendakwa Syarie” takrif yang berikut:
‘ “penggawa” ertinya seorang penggawa yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri;’; dan
(c) dengan memasukkan selepas takrif “penggawa” takrif yang berikut:
‘ “penghulu” ertinya seorang penghulu yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri;’.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.