ENAKMEN A37 ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM (PINDAAN) 2013
Seksyen 3. Pindaan seksyen 5
Subseksyen 5(2) Enakmen ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen yang berikut:
“(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi lapan tahun atau boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.”.