ENAKMEN A37
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM (PINDAAN) 2013
Seksyen 8. Seksyen baru 15
Enakmen ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 14 seksyen baru yang berikut:
“Pengendalian Pendakwaan
(1) Tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.
(2) Prosiding berkenaan apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini atau peraturan-peraturan boleh dengan kebenaran bertulis Pendakwa Raya, dikendalikan oleh seorang pegawai bertauliah.”.
Diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 12 Disember 2013.
[MB.TR.(S) 6/60 BHG. 14; PUN. TR. (S) 250/2]
HAJI AZHAR BIN JUSOH
Setiausaha Dewan Undangan Negeri
Terengganu
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.