ENAKMEN A25
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) (PINDAAN) 2011
Seksyen 2. Pindaan seksyen 2.
Seksyen 2 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen No. 1 tahun 2003], yang disebut “Enakmen ibu” dalam Enakmen ini dipinda dalam subseksyen (1)-
(a) dalam teks bahasa kebangsaan, tafsiran bagi “orang Islam”, dengan memasukkan selepas perenggan (f) proviso kepada tafsiran itu, seperti yang berikut:
“dan termasuklah Majlis Agama Islam Selangor yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Enakmen ini”;
(b) dengan memasukkan selepas tafsiran “Setiausaha” tafsiran yang berikut:
“Surau” ertinya suatu bangunan—
(a) yang digunakan bagi sembahyang kecuali sembahyang Jumaat dan kegiatan yang disuruh, disyorkan, atau dibenarkan oleh agama Islam; atau
(b) yang penggunaannya sebagai yang sedemikian telah dibenarkan oleh Majlis;’;dan
(c) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan tafsiran “Hukum Syarak” dengan tafsiran yang berikut:
“Hukum Syarak” means Hukum Syarak according to Mazhab Shafie or any one of Mazhab Hanafi, Maliki or Hanbali;’.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.