ENAKMEN A32
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (PINDAAN) 2012
Seksyen 3. Pindaan seksyen 133.
Seksyen 133 Enakmen ibu dipinda—
(a) dengan menggantikan perkataan “atas nasihat” dengan perkataan “setelah berunding dengan”;
(b) dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan (b);
(c) dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (c) dengan perkataan ”; atau”; dan
(d) dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:
“(d) apa-apa hukuman lain yang difikirkan wajar oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan.”.
Diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang pada 22 Mei 2012.
[PUN. Phg. 100/010/07]
SYED AHMAD KHIRULANWAR
ALYAHYA BIN SYED ABDUL RAHMAN,
Setiausaha Dewan Negeri,
Pahang
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.