ENAKMEN A30 ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) (PINDAAN) 2012
Seksyen 19. Pindaan seksyen 88.
Seksyen 88 Enakmen ibu dipinda–
(a) dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Imam melalui Pengerusi Jawatankuasa Kariah, hendaklah dengan segera memberitahu Majlis tentang apa-apa keadaan yang memerlukan pembaikan atau penyenggaraan dalam masjidnya.”; dan
(b) dalam subseksyen (5) dengan memasukkan selepas perkataan “supaya” perkataan “membaiki atau”.