ENAKMEN A28 ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU) (PINDAAN) 2012
Seksyen 4. Pindaan seksyen 7
Seksyen 7 Enakmen ibu dipinda–
(a) dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1) seksyen itu; dan
(b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen (2) yang berikut:
“(2) Dalam membuat dan mengeluarkan sebarang kaedah pengertian atas apa-apa perkara mengenai adat Melayu, maka Majlis hendaklah mengambil perhatian kepada adat Melayu yang diamalkan di dalam negeri ini, dan hendaklah merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa jika perkara itu berkait dengan apa-apa cara dengan hukum Syarak”.