ENAKMEN A3
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH (PINDAAN) 2006



Seksyen 7. Pindaan seksyen 12

Seksyen 12 Enakmen ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (10) subseksyen yang berikut:

“(11) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi Syariah dan boleh, jika didapati perlu demi kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, dalam Mahkamah Tinggi Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod tentang perkara atau prosiding itu dan boleh memberikan apa-apa arahan yang dikehendaki demi keadilan.

“(12) Apabila Mahkamah Rayuan Syariah memanggil rekod tentang apa-apa perkara atau prosiding di bawah subseksyen (11), segala prosiding dalam Mahkamah Tinggi Syariah tentang perkara atau prosiding itu hendaklah digantung sementara menanti perintah selanjutnya daripada Mahkamah Rayuan Syariah.”.

Diluluskan pada 16 November 2006
[P.S.Kn. 333/2006; P.U. Kn. 1/G/33; SUK(S)D. 200/420/1 Jld. 74]


MUHAMMED IMRAN BIN MANSOOR
Setiausaha
Dewan Negeri Kelantan



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.