ENAKMEN A30 ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) (PINDAAN) 2012
Seksyen 11. Pindaan seksyen 74.
Enakmen ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 74 dengan seksyen yang berikut:
“Akaun dan audit
74. (1) Majlis hendaklah menyimpan atau hendaklah menyebabkan disimpan akaun-akaun dan lain-lain rekod yang sempurna mengenai perjalanannya mengikut prinsip-prinsip perakaunan yang diakui umum dan hendaklah menyebabkan disediakan penyata bagi akaun-akaunnya bagi tiap-tiap satu tahun kewangan dan, dalam tempoh enam bulan selepas berakhirnya tahun kewangan itu.
(2) Akaun-akaun Majlis hendaklah diaudit tiap-tiap tahun oleh seorang juruaudit yang dilantik oleh Majlis.”.