ENAKMEN 4 TAHUN 1989
Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1989



Seksyen 3. Pemotongan dan penggantian seksyen 185

Enakmen ibu adalah dipinda dengan memotong seksyen 185 dan menggantikannya dengan yang berikut-

"Seksyen 185. Membuat kenyataan keluar daripada Ugama Islam dengan apa-apa jua tujuan.

Mana-mana orang Islam yang menyatakan bahawa ia sudah keluar daripada Ugama Islam, sama ada secara lisan, bertulis atau apa-apa jua cara lain, dengan apa-apa jua tujuan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya dan sebat tidak lebih daripada enam kali sebatan.".

Diluluskan oleh Dewan Negeri Pahang pada 13hb Mac 1989.
[PUN. Phg. (S) 491.]

AB. KHALID BIN MAT,
Setiausaha Dewan Undangan Negeri,
Pahang



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.