ENAKMEN A3
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH (PINDAAN) 2006



Seksyen 5. Pindaan seksyen 9

Seksyen 9 Enakmen ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(4) Apabila Mahkamah memanggil rekod tentang apa-apa perkara atau prosiding di bawah subseksyen (3) segala prosiding di Mahkamah Rendah Syariah dalam perkara atau prosiding itu hendaklah digantung sementara menanti perintah selanjutnya daripada Mahkamah.

(5) Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang Ketua Hakim Syarie untuk bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan mengetuai Mahkamah itu.”.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.