ENAKMEN A30
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) (PINDAAN) 2012
Seksyen 2. Pindaan seksyen 2.
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 [Enakmen Bil. 4 tahun 2004], yang disebut “Enakmen ibu” dalam Enakmen ini dipinda dalam subseksyen 2(1)–
(a) dengan memasukkan selepas tafsiran “Enakmen terdahulu” tafsiran yang berikut:
‘“fitrah” ertinya kadar tertentu yang difardukan ke atas orang Islam dengan mengeluarkan beras atau bayaran sama nilai dengan harganya yang diberikan atau dibayar tiap-tiap tahun hijrah pada masa yang ditetapkan mengikut Hukum Syarak;’;
(b) dengan memasukkan selepas tafsiran “Ketua Hakim Syarie” tafsiran yang berikut:
“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 16;’;
(c) dengan memasukkan selepas tafsiran “Pendakwa Syarie” tafsiran yang berikut:
“Surau” ertinya suatu bangunan–
(a) yang digunakan bagi sembahyang kecuali sembahyang Jumaat dan kegiatan yang disuruh, disyorkan, atau dibenarkan oleh agama Islam;
(b) yang penggunaannya sebagai yang sedemikian telah dibenarkan oleh Majlis; dan
(c) yang tapaknya telah di jadikan wakaf yang berkekalan;’;
(d) dengan menggantikan noktah yang terdapat dihujung tafsiran “Yang Dipertua” dengan perkataan “;dan”; dan
(e) dengan memasukkan selepas tafsiran “Yang Dipertua” tafsiran yang berikut:
‘“zakat” ertinya kadar tertentu daripada beberapa jenis harta yang wajib dikeluarkan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya mengikut Hukum Syarak.’.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.